SYARAT DAN PERATURAN
1. Bayaran untuk room house & studio apartment boleh dilakukan secara tunai @ online payment dimasukkan ke dalam Akaun Maybank (no akaun akan di sms @wassap).
2. 90% bayaran tempahan akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan 1 minggu dari tarikh masuk untuk hari biasa atau 14 hari dari tarikh masuk untuk hujung minggu @ cuti am.
3. check in pukul 2.00 ptg dan check out pada pukul 12.00 tgh.
4.Binatang peliharaan, memasak, buah durian dan bahan terlarang di sisi undang undang tidak dibenarkan di bawa masuk.
5. Singgah hanya menerima kapasiti 1 keluarga sahaja untuk room house dan 1 keluarga untuk studio apartment.
6.Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh sebab itu penghuni dinasihatkan membawa barangan berharga bersama dan memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam..
7. Segala suis elektrik dipadam selepas digunakan . Adalah secara jujurnya memohon menutup kipas dan penghawa dingin bila meninggalkan rumah atau apartment.
8.Penghuni perlu memastikan tidak melakukan kerosakan pada peralatan yang disediakan di dalam atau luar rumah/apartment . Jika terdapat kerosakan pihak pengurusan boleh meminta gantirugi (mengikut budibicara).
PIHAK SINGGAH ROOM/STUDIO APARTMENT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN, KEHILANGAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU PENGHUNI ATAU TETAMU DAN HARTA BENDA MASING MASING KERANA KELALAIAN MEREKA ATAU KEADAAN DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN. SEMOGA SEMUANYA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH SWT.
No comments:
Post a Comment