Sunday, 29 November 2015

Assalamualaikum wbt..baru sempat berblog..Cuti sekolah banyak aktiviti yg tak pernah habis..duk melayan karenah budak budak cuti sekolah..sibuk menyibuk duk ajak gi jalan jalan. Sempat ronda ronda di Kota Bharu Mall..lebih kurang 15 minit dari Singgah Rest Room Pintu Geng sedang berlangsung Pesta Makanan Thai..memang sedap !
Kami mesti beli Pulut pauh (mempelam) & somtam ( betik muda + udang + sos + kacang + rencah thai )  makan dgn nasi panas panas!
Jom Cari Makan sambil melancong ke Kelantan.



Wednesday, 25 November 2015

Assalamualaikum wbt. Singgah Rest Room Pintu Geng menawarkan harga bilik RM 180 sempena cuti Sekolah Akhir Tahun 2015. Jom Jln Jln sambil membeli belah di  Pasar Wakaf Che Yeh. Hanya 8 minit  dari Singgah. Kami menawarkan percutian yg menarik.
Utk tempahan hubungi

Mohd Fazli 0199009746🏡🏡🏡🚕🚕🚕
Welcome
Assalamualaikum wbt. Jom cuti cuti melancong di Kelantan. Salah satu tempat yg menarik utk dikunjungi adalah Tok Bali. Memang terkenal dengan jeti pendaratan ikan ikan segar Tempatan dan berhampiran dengan Pasar Besar Tok Bali atau dikenali Pasar Tiba (Terminal Ikan Bali). Anda boleh membeli ikan, sotong, udang dsb dengan harga yang berpatutan. Memang awesome ! Dari Kota Bharu Kelantan ke Tok Bali mengambil masa lebih kurang  45 minit.



Tuesday, 24 November 2015

Pasar Siti Khadijah ...

Pelbagai sayur sayur segar tempatan  dijual. Anda boleh tawar menawar dengan Mak cik mak cik peniaga ni. Kalau Mak cik kelantan sebut 3 amah ( dialek kelantan maksudnya RM 1.50) ...anda pasti seronok dan happening masuk membeli belah di Pasar Siti Khadijah.
Jarak dari Singgah Rest Room ke Pasar lebih kurang 15 minit. Singgah terletak di tengah tengah antara bandar Kota Bharu dan Pasar Wakaf Che Yeh.
Slmt datang ke Negeri Kami. In Sha Allah layanan yg mesra kami hulurkan.
 Assalamualaikum wbt. Antara tempat tempat yg biasa dikunjungi jika melancong ke Kelantan adalah menara /pintu masuk berhampiran dengan Masjid Kota Bharu. Memang tenang dan nyaman terutama pada waktu malam. Hanya 15 minit daripada Singgah Rest Room/apartment Wakaf Che Yeh.



Pasar siti Khadijah yg terletak di bandar Kota Bharu juga merupakan tempat membeli belah ala ala hypermarket  . Anda pasti terpesona dengan peniaga peniaga yg terdiri daripada kalangan kaum wanita. Pelbagai brgn  dan  buah buahan tempatan di jual.  Semangat gigih peniaga memang diwarisi dari generasi ke generasi. 







  1. Assalamualaikum wbt.. hati menjadi tenang bila sesuatu perkara yg kita lakukan secara ikhlas. Setiap kesusahan yg kita hadapi..tempuhi dengan kesabaran. In Sha Allah orang yg berjaya tak akan mengaku kalah...



Sunday, 22 November 2015

Assalamualaikum wbt. Jom melancong ke Kelantan..hanya 25 minit
dari airport kb ke Singgah Rest Room Pintu Geng Wakaf Che yeh
Riang ria cuti sekolah bersama keluarga





Singgah Rest Room

Assalamualaikum wbt..Jom minum teh di Singgah Rest Room..lps minum teh boleh ronda ronda kat pasar Wakaf Che Yeh..memang "happening"..
Harga Rest Room Pintu Geng hanya RM 180 per night.
Cepat ! Cepat ! Harga promosi sempena cuti sekolah.
Jom bawa keluarga anda bercuti ke Kelantan.
Hubungi 019-9009746



Saturday, 21 November 2015

Assalamualaikum wbt. Tqvm atas kunjungan En Amri sekeluarga. Keselesaan matlamat kami. Moga boleh berkunjung lagi ke Singgah Rest Room Pintu Geng

Singgah Rest Room juga boleh diakses menerusi
www.carihomestay.net

Friday, 20 November 2015

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah pagi yg tenang, ..ceria  diberi kenikmatan kesihatan dan menghirup udara segar. syukur dikelilingi orang orang yang positif
Assalamualaikum. Ya Allah permudahkan semua urusan kami. Semoga hidup Kita diberkati dan dilindungi daripada malapetaka.


Assalamualaikum wbt. Singgah Room Pintu Geng Kota Bharu Kelantan..hanya 8 minit ke Pasar Wakaf Che yeh. Percutian keluarga anda pasti seronok kerana lokasi singgah kami amat strategik. Semuanya berpusat...tempat membeli belah, tempat makan, masjid dan sebagainya.
Jom Jom bawa keluarga anda melancong ke kelantan!!!
Harga promosi kami tawarkan sempena cuti sekolah november - Disember 2015.
Hubungi 019-9009746





Assalamualaikum wbt. Cuti sekolah akhir tahun telah bermula..episod jalan jalan sambil melancong pasti menjadi aktiviti utama keluarga. Masa yg terbaik utk hilangkan "stress" dengan melancong
Ada juga anak anak yg suka balik kampung menziarahi nenek & Datuk. Memang seronok waktu cuti habiskan masa bersama org yg tersayang dan menikmati suasana tenang & segar di kampung halaman. Apa pun aktiviti kita..jadikan cuti anda sesuatu yg penuh bermakna bagi anda sekeluarga

.

Monday, 16 November 2015

Assalamualaikum wbt. Renungan bersama. Indahnya kehidupan jika kita
dikelilingi dgn org org yg berfikiran positif ..









Assalamualaikum wbt.. singgah apartment kami jugak akan beroperasi dalam masa yg terdekat ...In Sha Allah kami akan publish dlm blog.
Hanya 5 minit ke Pasar Wakaf Che yeh.
Tunggu harga promosi dari kami 🏭

Wednesday, 11 November 2015

Assalamualaikum wbt..pagi ini baru sempat berblog..rehat pagi ini; .cerita semalam..... Sempat singgah dan bermalam di Homestay Kg Batu Papan Gua Musang di bawah Kementerian Pelancongan. Layanan dan istimewa diberikan Mama dan abah angkat. Memang terbaik..sampai lupa ambik gambar ..Nanti lawatan balas balik ke Singgah Pintu Geng & apartment wakaf che yeh. Kami bawak jln jln Pasar Mlm wakaf che yeh. ala ala Petaling Street KL. seronok melihat suasana kg dan gua batu Papan. anak anak gembira mandi air bukit. sejuk mengiggil dan baru kenal KOLAH (tempat isi air utk mandi) memang kelakar budak budak...kat bandar ni..celik mata nampak kolam !!!!!  hari kedua...sempat lagi pergi ke Cameron Highlands walau utk seketika dan musim hujan. Alhamdulillah semuanya selamat. Acara utama kami sekeluarga kalau teringin minum teh & donult mesti ke Cameron Tea nikmati keindahan hijau sambil tinjau tinjau rest house sekitar cameron. Seronok kongsi kongsi tempat singgah.."jauh melancong byk info  "...jom kongsi gambar








Saturday, 7 November 2015

Pasar Wakaf Che Yeh....

Kemeriahan  Pasar wakaf Che yeh amat memukau pelancong-pelancong. semakin lewat malam semakin meriah. Suasana pasar malam yang meriah ala ala macam petaling street @ uptown dengan pelbagai jenis pakaian, kasut, makanan, brgn cenderahati ..harganya amat berpatutan dan pastikan anda berbelanja dgn hemah.slmt bershopping !!!!!!
Tempat makan yang mudah dan anda boleh memilih mengikut selera anda !







Assalamualaikum wbt dan selamat pagi sahabat sahabat dan pelanggan yang dihormati. Mulakan urusan kita dengan niat yang baik. moga semuanya dipermudahkan.



 SYARAT DAN PERATURAN

1. Bayaran untuk room house & studio apartment boleh dilakukan secara tunai @ online payment dimasukkan ke dalam Akaun Maybank (no akaun akan di sms @wassap).
2. 90% bayaran tempahan akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan 1 minggu dari tarikh masuk untuk hari biasa atau 14 hari dari tarikh masuk untuk hujung minggu @ cuti am.
3. check in pukul 2.00 ptg dan check out pada pukul 12.00 tgh.
4.Binatang peliharaan, memasak, buah durian dan  bahan terlarang di sisi undang undang tidak dibenarkan di bawa masuk.
5. Singgah hanya menerima kapasiti 1 keluarga sahaja untuk room house dan  1 keluarga untuk studio apartment.
6.Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh sebab itu penghuni dinasihatkan  membawa barangan berharga bersama dan memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam..
7. Segala suis elektrik dipadam selepas digunakan . Adalah secara jujurnya memohon menutup kipas dan penghawa dingin bila meninggalkan rumah atau apartment.
8.Penghuni perlu memastikan tidak melakukan kerosakan pada peralatan yang disediakan di dalam atau luar rumah/apartment . Jika terdapat kerosakan pihak pengurusan boleh meminta gantirugi  (mengikut budibicara).

PIHAK SINGGAH ROOM/STUDIO APARTMENT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN, KEHILANGAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU PENGHUNI  ATAU TETAMU DAN HARTA BENDA MASING MASING KERANA KELALAIAN MEREKA ATAU KEADAAN DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN. SEMOGA SEMUANYA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH SWT.

Friday, 6 November 2015

Wakaf Che Yeh... syurga membeli belah anda!!!


BERHAMPIRAN DENGAN RESTORAN 


SELAMAT DATANG KE WAKAF CHE YEH. SYURGA MEMBELI BELAH ANDA !

IN SHA ALLAH KAMI AKAN KEMASKINI BLOG SINGGAH DARI SEMASA KE SEMASA  UNTUK ANDA MEMILIH NEGERI KELANTAN SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN ANDA.

BILIK SINGGAH YANG SELESA


STUDIO APARTMENT KAMI JUGA AKAN BEROPERASI DALAM MASA YANG TERDEKAT. . PEMBUKAANNYA AKAN KAMI IKLANKAN DLM BLOG. HANYA 5 MINIT KE PASAR WAKAF CHE YEH



ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT DATANG KE KELANTAN. 

KUNJUNGAN ANDA KAMI HARGAI. JOM JALAN JALAN CARI MAKAN DAN MELANCONG KE NEGERI KELANTAN. SINGGAH PINTU GENG MENAWARKAN HARGA BILIK SERENDAH RM 150 SEHARI UNTUK SEKELUARGA .

HUBUNGI 
CALL/WASSAP UTK TEMPAHAN
0199009746 


 HANYA 8 MINIT KE PASAR WAKAF CHE YEH. SALAH SATU TEMPAT PELANCONGAN DAN MEMBELI BELAH DI KELANTAN YANG TERKENAL SELAIN DARIPADA PASAR RANTAU PANJANG DAN PENGKALAN KUBOR.



RUANG TAMU YANG SELESA

RUANG KOPI