Assalamualaikum wbt. Singgah Rest Room menawarkan harga RM 180 utk satu malam. sesuai untuk percutian 1-2 keluarga. Rumah yang selesa di lengkapi :-
* Penghawa dingin di dalam bilik utama dan ruang tamu
*water heater di dalam bilik mandi
*berpagar dan "auto gate" utk keselesaan dan keselamatan
* In Sha Allah anda pasti berpuashati
Harga ?????? memang murah
wassap/call 0199009746
Friday, 25 December 2015
Saturday, 19 December 2015
KEBAIKAN-KEBAIKAN PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA
Antara kebaikan percutian seumpama ini adalah ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Semasa percutian,ibu bapa dan anak-anak dapat memahami diantara satu sama lain.Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan.Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh.
Selain itu,semasa percutian keluarga juga, ahli-ahli keluarga dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan ditempat bekerja dan sekolah.Ibu bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh berkongsi tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.
Percutian keluarga ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak bolehlah lebih memahami diantara satu sama lain semasa meluangkan masa bersama. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa percutian keluarga seperti berkayak,berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang aman,gembira dan selesa sesame ahli keluarga. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka.
Kesimpulannya, setiap keluarga haruslah mengadakan percutian bersama kelurga setiap tahun dan percutian sebegini haruslah diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Hal ini secara tidak langsung akan menwujudkan keluarga yang harmoni serta bahagia. Percutian keluarga juga mampu meningkatkan pendapatan Negara terutamanya dalam industri pelancongan. Oleh itu ibu bapa haruslah bertindak giat untuk mengadakan percutian keluarga untuk melahirkan keluarga tersayang. Ibu bapa merupakan tiang utama dalam sesuatu institusi kekeluargaan.
jom bercuti..rancang perjalanan anda ! kami setia menanti anda...
Friday, 18 December 2015
Saturday, 5 December 2015
Thursday, 3 December 2015
Berikut adalah kalendar dan senarai cuti umum (hari kelepasan am) dan cuti sekolah di Malaysia untuk 2016.
Semoga kalender cuti umum 2016 dan takwim cuti sekolah 2016 ini dapat membantu anda dalam membuat perancangan awal percutian keluarga seperti memilih destinasi, menyediakan bajet, membeli tiket penerbangan,tempahan di Singgah Rest Room & Apartment Wakaf Che Yeh dan sebagainya.
Kalendar in tertakluk kepada perubahan. Kami akan mengemaskini sebaik sahaja perubahan berlaku.
Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2016 Malaysia
Jadual Hari Kelepasan Am 2016 (Persekutuan Dan Negeri)
Tarikh
| Hari |
Cuti Umum
|
Negeri
|
1 Jan | Jumaat | Tahun Baru 2016 | Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu |
14 Jan | Khamis | Hari Keputeraan YDB Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
17 Jan | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
24 Jan | Ahad | Hari Thaipusam | Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor |
1 Feb | Isnin | Hari Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur, Labuan dan, Putrajaya |
8 Feb | Isnin | Tahun Baru Cina | Seluruh negara |
9 Feb | Selasa | Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | Kecuali Kelantan dan Terengganu |
4 Mac | Jumaat | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
23 Mac | Rabu | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
25 Mac | Jumaat | Good Friday | Sabah dan Sarawak |
15 Apr | Jumaat | Hari Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah | Melaka |
26 Apr | Selasa | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
1 Mei | Ahad | Hari Pekerja | Seluruh negara |
5 Mei | Khamis | Israk dan Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis |
7 Mei | Sabtu | Hari Hol | Pahang |
17 Mei | Selasa | Hari Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
21 Mei | Rabu | Hari Wesak | Seluruh negara |
30 & 31 Mei | Isnin & Selasa | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | Sabah dan Labuan |
1 & 2 Jun | Rabu & Khamis | Perayaan Hari Gawai Dayak | Sarawak |
4 Jun | Sabtu | Hari Keputeraan YDP Agong | Seluruh negara |
6 Jun | Isnin | Awal Ramadan | Johor, Kedah dan Melaka |
22 Jun | Rabu | Hari Nuzul Al-Quran | Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu |
6 & 7 Jul | Rabu & Khamis | Hari Raya Puasa | Seluruh negara |
7 Jul | Khamis | Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia | Pulau Pinang |
9 Jul | Sabtu | Hari Jadi YDP Pulau Pinang | Pulau Pinang |
31 Ogo | Rabu | Hari Kebangsaan | Seluruh negara |
10 Sep | Sabtu | Hari Jadi YDP Sarawak | Sarawak |
12 Sep | Isnin | Hari Raya Qurban | Seluruh negara |
13 Sep | Selasa | Hari Raya Qurban (Hari Kedua) | Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu |
16 Sep | Jumaat | Hari Malaysia | Seluruh negara |
1 Okt | Sabtu | Hari Jadi YDP Sabah | Sabah |
2 Okt | Ahad | Awal Muharram (Maal Hijrah) | Seluruh negara |
14 Okt | Jumaat | Hari Jadi YDP Melaka | Melaka |
24 Okt | Isnin | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
29 Okt | Sabtu | Hari Deepavali | Kecuali Sarawak |
6 Nov | Ahad | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
11 & 12 Nov | Jumaat & Sabtu | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
27 Nov | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
11 Dis | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
12 Dis | Isnin | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) | Seluruh negara |
25 Dis | Ahad | Hari Krismas | Seluruh negara |
Untuk download fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri 2016, sila layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
Kalendar Cuti Sekolah 2016 Malaysia
Berikut adalah jadual cuti sekolah untuk sesi persekolahan 2016 seperti yang dimaklumkan KPM di dalam Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2016.
Cuti Sekolah
|
Tarikh Mula & Tamat
|
Cuti pertengahan Penggal 1
| 12.03.2016 - 20.03.2016 |
Cuti pertengahan tahun
| 28.05.2016 - 12.06.2016 |
Cuti pertengahan Penggal 2
| 10.09.2016 - 18.09.2016 |
Cuti akhir tahun
| 26.11.2016 - 01.01.2017 |
Cuti untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu bermula dan berakhir sehari lebih awal.
Wednesday, 2 December 2015
Oh Kelantanku ! nama nama kuih pun anda mesti tersenyum. Kalau nak tahu mesti datang sendiri..
Singgah menanti kehadiran ANDA SEKELUARGA !
Tuesday, 1 December 2015
Sunday, 29 November 2015
Assalamualaikum wbt..baru sempat berblog..Cuti sekolah banyak aktiviti yg tak pernah habis..duk melayan karenah budak budak cuti sekolah..sibuk menyibuk duk ajak gi jalan jalan. Sempat ronda ronda di Kota Bharu Mall..lebih kurang 15 minit dari Singgah Rest Room Pintu Geng sedang berlangsung Pesta Makanan Thai..memang sedap !
Kami mesti beli Pulut pauh (mempelam) & somtam ( betik muda + udang + sos + kacang + rencah thai ) makan dgn nasi panas panas!
Jom Cari Makan sambil melancong ke Kelantan.
Wednesday, 25 November 2015
Assalamualaikum wbt. Jom cuti cuti melancong di Kelantan. Salah satu tempat yg menarik utk dikunjungi adalah Tok Bali. Memang terkenal dengan jeti pendaratan ikan ikan segar Tempatan dan berhampiran dengan Pasar Besar Tok Bali atau dikenali Pasar Tiba (Terminal Ikan Bali). Anda boleh membeli ikan, sotong, udang dsb dengan harga yang berpatutan. Memang awesome ! Dari Kota Bharu Kelantan ke Tok Bali mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Tuesday, 24 November 2015
Pasar Siti Khadijah ...
Pelbagai sayur sayur segar tempatan dijual. Anda boleh tawar menawar dengan Mak cik mak cik peniaga ni. Kalau Mak cik kelantan sebut 3 amah ( dialek kelantan maksudnya RM 1.50) ...anda pasti seronok dan happening masuk membeli belah di Pasar Siti Khadijah.
Jarak dari Singgah Rest Room ke Pasar lebih kurang 15 minit. Singgah terletak di tengah tengah antara bandar Kota Bharu dan Pasar Wakaf Che Yeh.
Slmt datang ke Negeri Kami. In Sha Allah layanan yg mesra kami hulurkan.
Jarak dari Singgah Rest Room ke Pasar lebih kurang 15 minit. Singgah terletak di tengah tengah antara bandar Kota Bharu dan Pasar Wakaf Che Yeh.
Slmt datang ke Negeri Kami. In Sha Allah layanan yg mesra kami hulurkan.
Assalamualaikum wbt. Antara tempat tempat yg biasa dikunjungi jika melancong ke Kelantan adalah menara /pintu masuk berhampiran dengan Masjid Kota Bharu. Memang tenang dan nyaman terutama pada waktu malam. Hanya 15 minit daripada Singgah Rest Room/apartment Wakaf Che Yeh.
Pasar siti Khadijah yg terletak di bandar Kota Bharu juga merupakan tempat membeli belah ala ala hypermarket . Anda pasti terpesona dengan peniaga peniaga yg terdiri daripada kalangan kaum wanita. Pelbagai brgn dan buah buahan tempatan di jual. Semangat gigih peniaga memang diwarisi dari generasi ke generasi.
Sunday, 22 November 2015
Singgah Rest Room
Assalamualaikum wbt..Jom minum teh di Singgah Rest Room..lps minum teh boleh ronda ronda kat pasar Wakaf Che Yeh..memang "happening"..
Harga Rest Room Pintu Geng hanya RM 180 per night.
Cepat ! Cepat ! Harga promosi sempena cuti sekolah.
Jom bawa keluarga anda bercuti ke Kelantan.
Hubungi 019-9009746
Harga Rest Room Pintu Geng hanya RM 180 per night.
Cepat ! Cepat ! Harga promosi sempena cuti sekolah.
Jom bawa keluarga anda bercuti ke Kelantan.
Hubungi 019-9009746
Saturday, 21 November 2015
Assalamualaikum wbt. Tqvm atas kunjungan En Amri sekeluarga. Keselesaan matlamat kami. Moga boleh berkunjung lagi ke Singgah Rest Room Pintu Geng
Singgah Rest Room juga boleh diakses menerusi
www.carihomestay.net
Singgah Rest Room juga boleh diakses menerusi
www.carihomestay.net
Friday, 20 November 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)